PRODUCT

PRODUCT

Monday 14 August 2017

Kepuasan pelanggan keutamaan kami

Membuat pelanggan tersenyum puas dengan hasil tandan sawit mereka adalah keutamaan kami. Sebelum ini pokok sawit en.ghazali banyak mengeluarkan bunga jantan. Beliau risau dengan hasil yang kurang. Agro Green Care bulan sahaja membekalkan baja. Akan tetapi kami memberi khidmad nasihat penjagaan kebun anda. 




Kualiti tanah dan juga baja yang digunakan adalah faktor penting dalam menghasilkan buah yang berkualiti. Selepas 8bulan.tandan buah mula menunjukkan hasil. Dengan menggunakan Agro Baja BIO-COMBO yang diperkaya dengan humic asid dan lain2 bahan organik. Membantu pemulihan tanah dan juga merawat pokok supaya memproses pengeluaran tandan yang sihat dan berkualiti. Sentuhan kimia yang minima pada baja BIO-Combo hanya bagi membantu penyerapan yang baik ke bahagian-bahagian penting pokok.
Nutrien-nutrien yang terkandung didalam baja yang dihasilkan oleh Agro Green Care adalah menepati kehendak pekebun dan juga bersesuaian dengan keperluan pokok. Jika berlebihan akan terjadinya pembaziran dan juga kos yang tinggi kepada pekebun. Kami juga memastikan nutrien yang dibekalkan kepada pokok tidak terkurang supaya pokok mendapat nutrien yang secukupnya.





Pemeriksaan susulan selepas penggunaan baja Agro Green Care sentiasa dilakukan oleh pihak kami. "After sales service" adalah amat dipertitik beratkan. Walau hasil tandan sudah dirasai oleh pekebun, akab tetapi penjagaan susulan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hasil dimasa hadapan akan berkurang. Seperti gambar berikut. Walau hasil yang baik, tetapi kaedah penjagaan yang tidak betul akan mengurangkan hasil. Antara contohnya ialah over pruning berikut.


Sunday 28 August 2016

MERAWAT SAWIT TUA

Assalamualaikum moga pembaca dan pelanggan setia yang sentiasa memberi kepercayaan kepada kami berada dalam kradaan sihat hendaknya.

Kali ini saya ingin menunjukkan keberkesanan Produk kami iaitu bio-combo+forliar organik HA kami membantu memulihkan pokok yang berusia 19tahun..

Seperti biasa.saya menekankan penggunaan baja 100% kimia memang akan memberi hasil segera.tetapi bukan untuk jangkahayat pokok yang baik. Hasil daripada penggunaan baja kimia yang berasaskan Hi-Kay (kandungan K) yang tinggi..menyebabkan pokok berusia  19tahun ini telah tidak mengeluarkan hasil yang baik. Buah hanya keluar setandan buah saja.  Saya memohon kepada tuan empunya kebun untuk memberi peluang kepada Bio-combo untuk membantu memulihkan tanah dan merawat pokok tersebut secara organik!.

Dan setelah 80hari. Pokok sawit beliau berjaya membuahkan hasil. Bunga baru yang keluar selepas 14hari menabur baja membuatkan tuan kebun menarik nafas lega. Penggunaan baja Bio-combo dapat membantu memulihkan tanaman dengan secara semula jadi. Di samping semburan baja forlia yang diberi secara PERCUMA juga dapat membantu pemulihan dengan lebih cepat.

Wednesday 17 February 2016

Kilang AGRO GREEN CARE RESOURCES

Bagi menambahkan lg keyakinan pengguna. kami mendedahkan kilang pengeluaran baja kami. stock baja yg bakal dihantar ke ladang tidak lama lagi. agent2 dari seluruh negara terus dihujani dgn tempahan tanpa henti. Baja terbaik kami AGRO-BAJA dan SEMI ORGANIK adalah baja yg menjadi pilihan peladang. penggunaan baja kimia adalah cara lama yg harus diminimakan penggunaannya bagi mngelakkan kerosakkan tanah. penggunaan baja kimia yg telalu kerap akan membuatka tanah rosak atau mati.



Akibat dari kerosakkan tanah, penyerapan baja kedalam tanah menjadi tidak normal. penggunaan baja organik dapat memulihkan struktur tanah.


Thursday 15 October 2015

Agro Baja Bio-Combo

BIO-COMBO


Alhamdulillah.. penghantaran untuk Haji Manab di Pokok Sena kedah. beliau telah repeat order yg    ke-5... kesan terhadap pokok beliau adalah pemulihan pada permukaan kulit mati akibat salah menorehan. dan hasil yg sekata selama 6bulan berbanding penggunaan baja kimia 15/15/15 yang beliau biasa gunakan sebelum ini. yang hanya bertahan selama 3bulan pengeluaran secara sekata dan kemudiannya hasil berkurangan. Baja organik bio-combo adalah baja Semi organik EKONOMI. harga yang berpatutan. hasil yang tinggi. walaupun harga komoditi getah yang agak rendah pada masa sekarang. tetapi pekebun masih berkemampuan untuk menjalankan aktiviti pembajaan bersama AGRO GREEN CARE.


Wednesday 19 August 2015

AGRO BAJA (SAMPLE BUTIRAN)

AGRO BAJA

SEMI-ORGANIC No 1.



Baja Organik yang terbukti berkesan bagi meningkatkan hasil secara semula jadi dan dapat memulihkan struktur tanah yang kebiasaaan telah diserap penuh nutriennya oleh pokok dan juga akibat daripada penggunaan baja kimia secara berterusan penyebab tanah mati. tetapi baja oganik tulen kurang daya penyerapannya kedalam tanah. bagi inisiatif meningkatkan kadar serapan, baja organic istimewa AGRO BAJA dirumus khas bersama campuran HUMIC ASID (Organik kompleks) dan NPK bagi memudahkan penyerapan dan nutrien kekal berhampiran akar.




AGRO BAJA

BIO-COMBO No 2.




Bio-Combo juga adalah baja organik campuran NPK. ianya bertujuan bagi peningkatan hasil secara semula jadi dan penyerapan yang cepat. tujuan peningkatan hasil secara semula jadi adalah bagi mengelakkan pertumbuhan cacat yang tidak disedari oleh pekebun. contohnya hasil buah sawit yang besar tetapi berat tidak mencapai saiz fizikal buah tersebut.AGRO BAJA BIO_COMBO juga dirumuskan bagi memenuhi permintaan pekebun dengan kos yang tidak membebankan.




AGRO BAJA

MURIATE OF POTASH

 (M.O.P) 40%






Baja MOP yang tidak asing lagi bagi pekebun-pekebun sawit yang sentiasa menitik beratkan hasil dan kualiti buah. MOP adalah baja tunggal yang diimport kerana bersesuaian bagi menggalakkan percambahan bunga sawit dan melebatkan buah sawit. dan disamping itu juga ia membantu memberatkan buah sawit secara semula jadi. baja MOP AGRO baja telah dirumus semula mengikut piawaian kajian R&D makmal syarikat kami. ini kerana baja MOP yang telah didatangkan secara terus adalah melebihi dari apa yang diperlukan oleh pokok dan kos yang tinggi. rumusan semula AGRO BAJA (MOP) adalah bagi mengurangkan kos pekebun dan mengikut keperluan pokok. juga rumusan tambahan istimewa AGRO BAJA untuk kesihatan dahan dan mudah dicantas ketika proses merapikan pokok dijalankan dan tidak mempunyai masalah DAHAN LIAT.

Wednesday 4 February 2015

Berniaga Bersama Agro Baja






Agro Baja adalah salah satu kilang baja terbesar di Malaysia. Harga yang dikeluarkan oleh Agro Baja adalah harga KILANG!. Kami memerlukan Agent dan pemborong bagi membesarkan lagi pasaran AGRO BAJA.  Gambar diatas adalah salah satu Agent AGRO BAJA di pahang. beliau Mengambil stock dari kilang 30Tan seminggu. YA!. 30Tan Seminggu bagi memenuhi kehendak pelanggan beliau. permintaan terhadap AGRO BAJA semakin meningkat. Kami berharap ramai lagi anak muda yang ingin memajukan diri dan meningkatkan taraf hidup dapat menghubungi kami. perniagaan anak muda tidak semesti perlu kearah online sahaja. berjumpa pelanggan secara bersemuka dan beramah mesra dengan orang ramai adalah pengalaman perniagaan yang lebih baik dan mengikat silaturrahim.

Agro Baja DI Cameron Highland!





Ya!. Agro Baja sudah mempunyai pelanggan di cameron HIghland. antara pengguna Agro Baja Super Grow baja vitamin cecair adalah terdiri dari pekebun sayur dan strawberry. tempoh percuban telah dilalui dan berjaya meyakinkan pengguna di Cameron Highland. Agro Baja adalah salah satu pembekal utama baja cecair di Cameron Highland.