PRODUCT

PRODUCT

Wednesday 19 August 2015

AGRO BAJA (SAMPLE BUTIRAN)

AGRO BAJA

SEMI-ORGANIC No 1.



Baja Organik yang terbukti berkesan bagi meningkatkan hasil secara semula jadi dan dapat memulihkan struktur tanah yang kebiasaaan telah diserap penuh nutriennya oleh pokok dan juga akibat daripada penggunaan baja kimia secara berterusan penyebab tanah mati. tetapi baja oganik tulen kurang daya penyerapannya kedalam tanah. bagi inisiatif meningkatkan kadar serapan, baja organic istimewa AGRO BAJA dirumus khas bersama campuran HUMIC ASID (Organik kompleks) dan NPK bagi memudahkan penyerapan dan nutrien kekal berhampiran akar.




AGRO BAJA

BIO-COMBO No 2.




Bio-Combo juga adalah baja organik campuran NPK. ianya bertujuan bagi peningkatan hasil secara semula jadi dan penyerapan yang cepat. tujuan peningkatan hasil secara semula jadi adalah bagi mengelakkan pertumbuhan cacat yang tidak disedari oleh pekebun. contohnya hasil buah sawit yang besar tetapi berat tidak mencapai saiz fizikal buah tersebut.AGRO BAJA BIO_COMBO juga dirumuskan bagi memenuhi permintaan pekebun dengan kos yang tidak membebankan.




AGRO BAJA

MURIATE OF POTASH

 (M.O.P) 40%






Baja MOP yang tidak asing lagi bagi pekebun-pekebun sawit yang sentiasa menitik beratkan hasil dan kualiti buah. MOP adalah baja tunggal yang diimport kerana bersesuaian bagi menggalakkan percambahan bunga sawit dan melebatkan buah sawit. dan disamping itu juga ia membantu memberatkan buah sawit secara semula jadi. baja MOP AGRO baja telah dirumus semula mengikut piawaian kajian R&D makmal syarikat kami. ini kerana baja MOP yang telah didatangkan secara terus adalah melebihi dari apa yang diperlukan oleh pokok dan kos yang tinggi. rumusan semula AGRO BAJA (MOP) adalah bagi mengurangkan kos pekebun dan mengikut keperluan pokok. juga rumusan tambahan istimewa AGRO BAJA untuk kesihatan dahan dan mudah dicantas ketika proses merapikan pokok dijalankan dan tidak mempunyai masalah DAHAN LIAT.